Sekularisme di Turki

Sekularisme di Turki diperkenalkan melalui Perlembagaan Turki 1924 dan kemudian oleh pembaharuan Mustafa Kemal Atatürk yang menggubal satu set syarat-syarat pengurusan dan politik untuk mencipta satu negara yang moden, demokratik dan sekular sejajar dengan ideologi Kemalist. Setelah 13 tahun pengenalannya, laïcité (5 Februari 1937) dinyatakan dengan jelas dalam Artikel Kedua Perlembagaan Turki. Perlembagaan Turki semasa tidak mengiktiraf agama rasmi ataupun mempromosi mana-mana agama termasuk Islam walau pun sekurang-kurangnya lebih daripada 95% warganegara Turki adalah orang Islam. "Laïcité" di Turki tidak memaksa satu pemisahan agama dan negeri yang ketat, kecuali menggambarkan pendirian negeri yang neutral tetapi pro-aktif dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Perkara-perkara berhubung dengan agama adalah dipantau oleh Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (Turki: Diyanet İşleri Başkanlığı). Kementerian ini menjalankan kerja-kerja mengenai kepercayaan-kepercayaan, ritual dan etika-etika Islam, menjelaskan orang awam mengenai agama mereka, dan mentadbir tempat-tempat ibadat.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search